BerGEMBIRAlah wahai insan kesayanganku....

Blog ini mama dedikasikan untuk semua anak2 mama..ketika blog ini mula dibuka (13/4/2011), mama sedang memiliki 2 cahayamata yang cukup COMEL dihati mama dan papa..Amal Musyreef dan Amal Reefqy.."sayang mama, ini blog untuk sayang berdua dan Insya-Allah bakal adik2 sayang..tiada kata dan perlakuan yang mama mampu samakan demi menggambarkan sayangnya mama terhadap kalian..HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.."

Tuesday, January 13, 2015

Berkhatan cara clamping

Assalamualaikum

Berkhatan...
Ni adalah satu event yg mmg ditunggu2 oleh mak ayah yg ada anak lelaki..

Ooohhh..bagi mama nak convince my first hero iaitu  uyeeh..susah la jugak..
Kerana uyeeh ni mcm tak berapa nak percaya pada orang..

Tapi dek kerana terlalu baik dgn sepupunya, ayien yg dah berusia 9 tahun.. yg mmg dah lama nk berkhatan sama2 uyeeh.so uyeeh lebih bertoleransi utk dikhatankan..

Walaupun mama tak dpt gambar mcm la prosesnya..tp mama tetap terasa ngilu.. iya la kan ...faham2 la...

So pada 13/12/2014.. the journey utk jd young man...bermula..

Mama tak ke lokasi berkhatan iaitu di Klinik Primer Kg Cherang..
Just papa dan abang ipar (ayien's father) yg uyeeh panggil Pakcik yg menemani uyeeh dan ayien..

According to papa dan pakcik.. diorang ok cuma time cucuk bius tu mcm sakit..

Untuk berkhatan ni ada byk cara..
Ada cara biasa.. laser dan clamping
Cara biasa tu.. doktor akan potong kulit hujung anu dan akan jahit sekeliling tempat yg dipotong..
Cara laser pulak..bukannya guna laser mcm dlm Star Wars..hihi..tp alat yg digunakan utk memotong tu dipanaskan.. anu dipotong..tak perlu dijahit sbb kepanasan alat tu menyebabkan kawasan yg telah dipotong terus melekat..
Utk clamping pula.. anu akan dimasukkan dlm satu alat..bila dah masuk.. lebihan kulit akan dipotong.. satu salur akan diletakkan di hujung kepala anu..so.. air kencing akan tersalur melalui salur itu..clamp akan dibuang dlm masa seminggu..salur yg melekat pada anu akan tercabut sendiri apabila luka dah sembuh..

Uyeeh dsn ayien pilih teknik clamping.. so diorang tak perlu pegang atau gantung kain sarung utk elak kena anu.

Ayien rileks aje time balik..uyeeh ok tp bila nampak mama..manja pun datang la...
Diorang pantang mcm org beranak..huhu..diorang mmg terbaik dlm soal pantang..

Tahniah uyeeh dan ayien..







Wednesday, October 29, 2014

The Avengers and McQueen

Assalamualaikum

Ini cerita abang Uyeeh dan Iqy..

Terlalu minat The Avengers dan Cars..

Jadi mama pun beli la baju tidur baru untuk abang2

Abg Uyeeh.. gambar McQueen dr filem Cars

Abg Iqy.. gambar The Avengers..

So apalagi..jom beraksi...




Tu aje laaaaa..

Monday, October 13, 2014

Projek Butir Nangka

Assalamualaikum..

Ada sedikit throwback raya haji 2014..
Sempena ciknie naik rumah baru... yong, papa dan hero2 buat kuih butir nangka... haha... kuih ni macam onde-onde je adunannya cuma bentuknya dileperkan sedikit seumpama biji nangka... dlm bahasa kelantan.. biji = butir..
Dan yg paling nyata..kuih ni berkuah.. kita guna santan sebagai kuih..dlm kuahnya dicampur halba dan sedikit halia..serta gula secukup rasa..kuahnya jgn pekat sangat..
Ermm..mama mmg suka sgt kuih ni..

Specialnya...korang buat butir nangka ni warna-warni..
Cantikkk sgt..
Iqy lebih berbakat dalam menggetel butir nangka jika nak dibandingkan dgn abg uyeeh..hihi..

Aktiviti macam ni mmg best..dapat eratkan hubungan kekeluargaan..



Tuesday, September 9, 2014

Semuanya kerana Allah sayang....

Assalamualaikum

Cerita hari ni..
Amal Reefqy tak pergi tadika..

Kenapa?
Kerana mood dah lari.

Kenapa?
Kerana jatuh..lutut berdarah.

Kenapa?
Kerana time berjalan nak pergi tadika..dia tak tengok jln elok2..

Kenapa?
Kerana dia minum sambil berjalan.

Jadi..moralnya..
Ikutlah nasihat mama..
Jangan minum sambil berjalan...nnt hilang fokus...
Yg utama minum sambil berjalan dilarang dlm Islam. Dr sudut sains pun tak elok utk kesihatan minum sambil berjalan atau berdiri.. iyalah kan..sains pun ilmu dari Allah..

So..mama ambil peluang utk kasi tazkirah pagi utk dua orang anak syurga mama..

Tajuknya: Kenapa ada tegahan dan larangan..

Simple sahaja...
Allah tegur..Allah larang.. sebab Allah SAYANG..
Setiap larangan Allah adalah kerana tak nak hamba-Nya susah..tak nak ada mudarat..
Jadi demi memastikan hamba-Nya tak buat... Allah sediakan balasan berupa dosa atau ujian kesusahan yg lain..

Tapi biasalah..manusia ni terkadang alpa.. jahil dan tak peduli..
Nauzubillahiminzhalik..

Jadi kepada anak2 syurga mama.. setakat yg termampu ... mama akan cuba nasihat dan tegur..

Kenapa?
Kerana mama sayaaaaanggg kamu semua.. mama nak kamu semua jadi jauh lebih baik dari mama... In sha Allah..bila ilmu dah tinggi..boleh ajar mama apa2 yg mama tak tahu...



#jangan sedih..mama dan abang upah coolblog...






Monday, September 8, 2014

Sudara Beach Resort

#throwbacklagi

Assalamualaikum

30/8/2014

Sayang mama tau tak hr apa tu...
Hihihi...
Yeeepppp my birthday...
This year time birthday mama...kita join family day #kelabraketpadangenggang a.k.a kelab badminton papa and the gang..

Kiranya dua dlm satu la... chill on my birthday..
Thanks papa hensemmmm..

Huiii anak2 mama semua happy main kolam..
Tak sangka cik qysya begitu berani main kolam..
Gabra gak papa nak jaga dia..

Tak nak main kat kolam baby..huhuhu... amboi cik qysya..
Iqy dan Uyeeh mmg sempoi.. seperti ultraman mandi kolam...
Huhuhu..
Pergi dua hari satu malam..
First day petang..sebaik aje sampai terus terjun kolam..
Malam ada barbeku...fuhhh sedappp...
Esok paginya aktiviti sukan sikit..
Tak usah cakap..semua mama tak menang...hihihi..
Lps tu terjun kolam pulakkkkk...

Nanti ada rezeki kita pergi lagiiiiiiiii....
Yeayyyyy...





Itulah aktiviti sempena birthday mama dan hari merdeka yg ke-57
"Di sini lahirnya sebuah cinta"...


Wednesday, August 20, 2014

Anak semuanya sama....

Assalamualaikum..

Sayang mama..buat apa tu?

Anak2 ni sama je lasaknya...
Jgn kata dapat gegirl..sopan dan cool je... ermmm..sbb sama je...
Keaktifan kanak2 bukan krn jantina...
Contohnya cik Qysya...ermmm setanding je ngan abg2 dia..
May be krn dia dok tgk aksi abg2 sejak dr kecil...
So... dr segi penjagaan mmg sama je..
Mungkin lg heavy sbb cik Qysya dpt sokongan penuh dr abg2 yg mmg sayang sgt2 kat dia...
Manja + hyperactive..itulah cik Qysya..

Mmg letih tp bila tgk je senyuman anak2 mama..hilang rasa letih dan nak marah.. sorry sayang2 mama sbb mama garang dan suka berleter.. yg pasti itu krn mama sayaaaaanggg korang dan percayalah korang ada nyawa mama...
♡♡♡♡♡♡...♥♥♥♥♥♥ ..

Tido kat laluan klinik ...huhu..buat mcm rumah sendiri

Tak nak duduk dlm baby seat..panjat kerusi depan dan terus ke seat belakang

Sentiasa riuh dlm kereta kecuali korang tido...

Lompat2 atas katil permainan feveret korang...



Sunday, August 10, 2014

Kereta bomba..pon..pon...pon

Salam semua..
Terutama utk anak2 mama yg sedang baca ni..
Hari ni mama nk kongsi kisah korang bertiga...
Korang tau tak yg korang terlalu suka ke kedai ekonomi RM2..
Kalau boleh hr2 nak gi..
Dan mama dah set rule yg korang boleh ambil satu barang je setiap kali pergi..
Kebiasaannya Iqy la yg selalu buat muka nak beli lebih...hihihi...manjaaaa...
Time ni cik Qysya belum pandai beli..tp mcm dah teruja nk sambar barang2..kiki
Hari ni merupakan pertama kali cik Qysya naik kereta mainan tu...ayoyooo..habis duit 50 sen papa...hihi
Tak sangka berani cik Qysya ... bukan mcm abg2 time kecik..penakut kalau kereta bergerak ikut muzik..hihi..syabassssss cik Qysya..