BerGEMBIRAlah wahai insan kesayanganku....

Blog ini mama dedikasikan untuk semua anak2 mama..ketika blog ini mula dibuka (13/4/2011), mama sedang memiliki 2 cahayamata yang cukup COMEL dihati mama dan papa..Amal Musyreef dan Amal Reefqy.."sayang mama, ini blog untuk sayang berdua dan Insya-Allah bakal adik2 sayang..tiada kata dan perlakuan yang mama mampu samakan demi menggambarkan sayangnya mama terhadap kalian..HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.."

Tuesday, September 9, 2014

Semuanya kerana Allah sayang....

Assalamualaikum

Cerita hari ni..
Amal Reefqy tak pergi tadika..

Kenapa?
Kerana mood dah lari.

Kenapa?
Kerana jatuh..lutut berdarah.

Kenapa?
Kerana time berjalan nak pergi tadika..dia tak tengok jln elok2..

Kenapa?
Kerana dia minum sambil berjalan.

Jadi..moralnya..
Ikutlah nasihat mama..
Jangan minum sambil berjalan...nnt hilang fokus...
Yg utama minum sambil berjalan dilarang dlm Islam. Dr sudut sains pun tak elok utk kesihatan minum sambil berjalan atau berdiri.. iyalah kan..sains pun ilmu dari Allah..

So..mama ambil peluang utk kasi tazkirah pagi utk dua orang anak syurga mama..

Tajuknya: Kenapa ada tegahan dan larangan..

Simple sahaja...
Allah tegur..Allah larang.. sebab Allah SAYANG..
Setiap larangan Allah adalah kerana tak nak hamba-Nya susah..tak nak ada mudarat..
Jadi demi memastikan hamba-Nya tak buat... Allah sediakan balasan berupa dosa atau ujian kesusahan yg lain..

Tapi biasalah..manusia ni terkadang alpa.. jahil dan tak peduli..
Nauzubillahiminzhalik..

Jadi kepada anak2 syurga mama.. setakat yg termampu ... mama akan cuba nasihat dan tegur..

Kenapa?
Kerana mama sayaaaaanggg kamu semua.. mama nak kamu semua jadi jauh lebih baik dari mama... In sha Allah..bila ilmu dah tinggi..boleh ajar mama apa2 yg mama tak tahu...



#jangan sedih..mama dan abang upah coolblog...






No comments:

Post a Comment