BerGEMBIRAlah wahai insan kesayanganku....

Blog ini mama dedikasikan untuk semua anak2 mama..ketika blog ini mula dibuka (13/4/2011), mama sedang memiliki 2 cahayamata yang cukup COMEL dihati mama dan papa..Amal Musyreef dan Amal Reefqy.."sayang mama, ini blog untuk sayang berdua dan Insya-Allah bakal adik2 sayang..tiada kata dan perlakuan yang mama mampu samakan demi menggambarkan sayangnya mama terhadap kalian..HANYA ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI.."

Wednesday, May 18, 2011

Puteri Raja dan Putera Katak..

Mama: Uyeeh, sebelum uyeeh tidur, emmm..mama cerita dulu ek..
Uyeeh: Uyeeh ngantuk mama...
Mama: Iyalah..oklah tidur....
Uyeeh: Waaaaaaa....(nangis)
Mama: Aik..apasal lak sayang nangis?
Uyeeh: Mama cerita la....
Mama: Ok..ok..ok...(sambil garu kepala yg tak gatal..sebab pelik dgn sikap uyeeh yang tadi tak nak skrg nak dgr citer pulak)

Mama pun tarik nafas panjang2..iyalah kan tak sbr nak bercerita ni...eh...tapi mama nak citer apa ek...
ermmmm...lepas puas fikir..mama rasa baik mama citer 'Puteri raja dengan putera katak'..sb mama pun dah biasa ngan citer tu...hehehe



Mama: Oklah..uyeeh dgr ni tau...Pada zaman dahulu ada seorang puteri raja yang cantik jelita.Namun sayang baginda seorang yang sombong dan angkuh. Pada suatu hari dia bermain2 bersama bola emasnya di tepi kolam istana..sedang asyik bermain, tiba2 bola emasnya terjatuh ke dalam kolam...
Baginda merasa resah kerana bimbang ayahandanya akan marah. Puteri cuba meninjau2 ke dalam kolam  tapi bola itu tidak kelihatan.Mungkin kerana bola itu terjatuh ke dasar kolam.
Tiba-tiba datang seekor kata yang menawarkan diri untuk mencari bola itu. "Wahai puteri yang cantik jelita, patik sudi menolong tuan puteri untuk mengambil bola emas tuanku...tetapi dengan satu syarat," tingkah sang katak.
"Wahai katak yang hodoh, apakah syarat itu?"
"Syaratnya cukup mudah..sekiranya patik mengambil bola emas itu, tuan puteri harus membenarkan patik tinggal bersama tuan puteri di dalam istana selama 1 minggu,"kata sang katak.
"Baiklah..beta setuju" puteri segera mengiyakan permintaan katak.
Sang katak segera terjun ke dalam kolam untuk mengambil bola. Selapas mengambilnya, dia segera menyerahkan bola emas itu kepada tuan puteri.
Setelah mengambil bola emas, tuan puteri segera berlari untuk pulang ke istana. Sang katak mengejarnya.
" Tuan puteri, bukankah tuanku sudah berjanji untuk membawa patik pulang ke istana bersama tuanku," tegur sang katak.
" Wahai katak yang hodoh yang tak tahu malu, mana mungkin beta untuk tinggal bersama kamu..sudah lah hodoh, busuk, berlendir..bencinya beta melihat kamu.Pergi kamu dari sini...kalau tidak beta panggil pengawal istana untuk membunuh kamu," maki tuan puteri.
Sang katak berlalu dengan kesedihan.
Keesokan paginya sang katak pergi ke istana dan meminta untuk mengadap raja. Permintaannya dikabulkan.
"Wahai tuanku raja yang adil lagi bijaksana, tuanku ialah pemerintah yang sentiasa mengotakan janji dan adil. Pada pendapat tuanku apakah hukuman bagi seseorang yang tidak mengotakan janji?" ujar sang katak dgn nada yang sedih.
" Kenapa katak berkata sedemikian rupa? Siapa yang sudah tidak mengotakan janji? Katakan pada beta, akan beta titahkan agar dia melunaskan janji pada kamu..Sesungguhnya beta paling benci kepada orang suka melupakan janji," titah raja.
" Ampun tuanku, sebenarnya taun puteri sudah berjanji untuk membenarkan patik tinggal bersama dengannya sekiranya patik berjaya menolongnya untuk mengambil bola emas yang terjatuh ke dalam kolam semalam. Tetapi tuan puteri telah memungkiri janji dan telah menghina patik."
Selepas itu....

Uyeeh: Waaaaaa..............
Mama: Kenapa ni sayang?
Uyeeh: Uyeeh takut....
Mama: Takut ape?
Uyeeh: Takut katak..
Mama: Kenapa pulak nak takut..katak tu baik...ni aaaa..mama belum habis cerita..
Uyeeh: Uyeeh takuttttttttttt...Tok Ma....nak gi kat tok ma...waaaaaaaaa..(Uyeeh nak gi ngadu ngan tok ma dia)

Mama bantai gelak...Ya Allah..itu bukannya citer hantu..uyeeh takut macam dgr citer hantu...atau mama yang tak reti citer??? alamaaaaaaakkkk......hahaha...

Bila tgk mama gelak..uyeeh lagi kuat nangis...hahahaha
Mama pun pimpin dia gi bilik Tok Ma dia..tapi mama masih bantai gelak.....
Mama pundah konfius...setiap kali bercerita ngan dia..dia mesti nangis...hari tu citer Aladdin pun dia nangis...
Memang mama tak de tokoh nak jadi pencerita....



Nota kaki: Uyeeh ni 'potong' la..mama baru syok nak bercerita....

Saturday, April 23, 2011

Demam rindu...

Ada pujangga mengatakan..."sayangkan anak tangan-tangankan, sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"....

Iya..mama mulai percaya..kerana sayangkan anak, papa selalu menegur mereka..tapi tangan-tangankan belum dipraktikkan kerana anak2nya masih terlalu kecil....kerana sayangkan mama, papa selalu tinggalkan mama..papa terlalu banyak aktiviti....kerja pun kekadang tak tentu masa...
Dek kerana itu mama sudah terbiasa..walaupun sedih dan sentiasa merasa kesukaran menguruskan anak tanpa kehadiran papa....tetapi anak2 memang tidak rela untuk ditinggalkan kerana mereka tidak memahaminya...walaupun ketiadaan papa kerana tuntutan kerja...
Tatkala papa keluar..mereka mulai bertanya...sehari masih menerima alasan keluar bekerja...masuk hari kedua..masih menerima walaupun soalan cepu emas mulai meniti di bibir si abang...si adik seakan mahu jua bertanya...mungkin tahap pemikiran mama belum bisa mentafsir butir2 percakapannya...
Masuk hari ketiga segala alasan sudah tidak berguna...
Oh..papa, apa yang harus mama ucapkan????
Anak2 mulai memikirkan papa...
Iya..ini yang paling digeruni mama....kepanasan rindu mulai memuncak...hingga terbawa2 kepada fizikal dan mental mereka...
Mereka mulai diserang DEMAM RINDU...
Malah mereka mulai meracau...si abang asyik bertanyakan papa..malah berimaginasi papa pulang menemuinya..
Si adik mula mencapai telefon dan berlagak seolah-olah bercakap dengan si papa....walaupun hanya perkataan 'hello' dan 'papa' yang difahami..itu sudah dapat merungkai segala misteri kerinduaan..
Hebat sungguh demam rindu si anak buat papa...mama pasti papa jua begitu merindui anak2nya...
Anak2ku cepatlah sembuh..usah dibiarkan perasaan mu menjejaskan dirimu....
Pastinya papa kan pulang walaupun harus kau tunggu seminggu lagi....
Bersabarlah sayang......

Wednesday, April 13, 2011

Puisi buat bayiku...

Puisi ini mama gambarkan ketika mengandungkan anak sulung mama...Uyeeh...
sesungguhnya kelahirannya dinantikan..papa insan terlalu gembira..ini kerana memang impian papa untuk memiliki anak cepat2..Alhamdulillah..Allah memakbulkannya...

Aku mengah, aku lenguh
Bukan niatku untk mengeluh
Sesungguhnya aku tak biasa
Ini pengalaman pertamaku
Tak pernah aku menyesali
Kerana ini yang kuingini

Jejariku lembut mengusap perutku
Yang sudah membesar memuncung ke depan
Senyuman indah terukir di bibir
Di saat kau bergerak memberi isyarat

Oh, anakku...
Mamamu di sini
Adakah kau terasa belaian ku ini

Oh, anakku...
Selesakah kau di dalam
Mama terlalu rindu untuk menatapmu
Terlalu ingin mengusap rambutmu

Oh, anakku..
Mama harap kau jua begitu
Menghitung hari untuk bersamaku

Pembuka kata...

Blog ni untuk semua anak mama...hari ni mama tergerak hati untuk mengadakannya....yang penting segala-galanya berkaitan dengan anak2...harap blog ini akan dapat mama tadbir dgn baik...

Entah lah mama ni...dalam sibuk2 pun nak jugak buat blog ni...harap blog tak akan bersarang....papa tak tau lagi mama buka blog baru...hehehe..

Ala bukan untuk siapa pun untuk anak2 juga...

Keluarga tersayang....